10

Bye - Bye......

2 hari yang lepas, saya call adik saya Danial.

Faina: “Danial, danial, arnab macam mana?”
Danial: “Semua dah mati dah kak farah. Tinggal seekor je.
Faina: “Hah! Mati? Macam mana boleh mati? Chiko ada lagi?”
Danial: “Chiko pun mati. Dia mati sebab panas sangat. Badan dia kejang. Popo kena curi. Kiki kena makan dengan kucing. Tinggal Koko je.”
Faina: “Sedihnya, Chiko mati?” Isk..

Kenapa saya sedih sangat bila tau Chiko tu mati? Sebab Chiko tu arnab pertama yang kitorang bela. Yang lain-lain tu entah bila mak saya beli. Tup, tup balik rumah dah ada. Mak saya memang suka bela haiwan peliharaan. Saya mula-mula x berapa suka. Tapi dah lama-lama bolehlah jugak, setakat nak pegang-pegang tu boleh lagi la. Bila masuk dodoi-dodoi buaian no no no no no. Hehehe.

Mahu tengok x Chiko tu macam mana? 



Ni gambar Chiko masa mula-mula lepas beli. Skang bila dia dah besar, dah x comel bulat camni. Teringat bila petang-petang tengok Chiko main-main nanti bila saya datang dia akan pergi ke arah saya usap-usap muka dia kat tangan. Skang tinggal koko je. Tah macam mana rupa Koko pun saya dah lupa. 

Nota kaki: Prefer arnab daripada kucing.

Pantun for my mama.

2, 3 Kucing berlari,
Semua dah mati tinggal Koko seekor seorang,
X payah lah beli arnab-arnab tu lagi,
Yang koko tu kita buat je rendang.

Mama: Banyaklah kauuuuuuu...

20

POCO-POCO itu HARAM!

Rasanya kalau ada apa-apa program, wajib rasanya kalau buat tarian poco-poco untuk aktiviti senam robik. Kalau masa Hari Guru pun mak saya cakap cikgu-cikgu semua buat tarian poco-poco. Ok, straight to the point, sila lihat gambar ini:



Ya, bererti poco-poco itu haram. Maksudnya lepas ni kalau anjurkan apa-apa program, jangan gedik-gedik nak menari tarian poco-poco.

Sori saya update cepat-cepat. Buzy.

Nota kaki: Saya suka menari.


P/S: credit to my dua pupu Amir sebab share benda ni. =)

15

Aku = Hantu PAKU???

Saya membayangkan hantu paku rupanya sebegini.. (-__-)

Dulu kalau mama saya dengar saya cakap aku masa kecik2 memang kena marah. Nanti mama cakap, “cakaplah aku lagi, kena sorok dengan Hantu Paku baru tahu”. Makanya sebab saya masih kecil ketika itu, memang x berani cakap aku. Memang percaya giler ah dengan kenyataan mama masa tu.

Siap kalau dengar Tira cakap aku pergi menggedik – gedik mengadu kat mama cakap, “Mama, athirahkan dia cakap akuuuuuuuuuu”. 

Nanti mama saya balas, “Haa, biar dia, nanti Hantu Paku datang kat dia malam2”. Owh, lepas tu memang saya pandang Tira sambil berkata dan menjelir lidah, “Weksss, Hantu Paku datang cari kau malam ni”. Lihat betapa baiknya saya. Ngeh3. 

Adakah malam tu kakak saya kena kejar dengan hantu Paku? Mestilah x, tapi taktik tu berkesan. Hehe

Dan sampai sekarang saya dewasa, saya masih tidak menggunakan aku. X tahu mengapa, mungkin sudah terbiasa menggunakan KITA. Hehe. Jangan gelak. Ain fathihah selalu mengusik, “Apa kita2?. Ingat hang berdua ka?”. 

Credit: Google

Jujur saya beritahu saya x berapa selesa menggunakan aku. Walaupun pernah test – test pakai aku, tapi perkataan KITA tetap jadi sebutan. Bila saya fikir balik, mama ada sebab buat macamtu. Sebab tu jugaklah saya x berani cakap perkataan bod*h, bang*ng, c – yal, dan yang sekufu dengannya. Kalau mama dengar saya cakap macam tu, rasanya memang dah dapat beberapa penyepak di muka. Oh, masa kecik kalau saya dengar budak cakap macam tu saya akan cakap, “eee, budak tu jahat. Hehe”

Mungkin bakal2 ibu juga patut buat macam tu sejak kecik. Jadi bila dah besar xde lah dia menggunakan perkataan macam tu. Setuju x? Tapi budak-budak sekarang makin pandai...Mesti dorang tau kita tipu. T.T

nota kaki: x berapa minat blogger yang menggunakan “ayat -  ayat jahat” di dalam blognya. Bukan budi bahasa budaya kita?

14

#TipS untuk HAMIL~


Kali ni saya mahu share petua atau tips untuk sesiapa yang sudah berkahwin dan mahukan anak. Kepada yang belum dan akan berkahwin atau tergedik-gedik nak kahwin seperti saya, boleh baca sebagai ilmu pengetahuan. Saya dapat tips ini melalui email.

Credit: Google


#Tips kehamilan 1

Kepada si suami dan isteri, anda tahukah bila waktu subur lelaki dan perempuan? Jika x tahu, sila klik link ini: Ingatkan perempuan je ke ada waktu subur? Laki pun adalah..  Kepada lelaki-lelaka yang tidak mahu mengurangkan kesuburan anda, anda perlu baca ini: Tidur petang dapat kurangkan kesuburan?

Ya, anda perlu tahu bila waktu subur si suami dan si isteri. Kalau dah tahu waktu subur bila, kan memudahkan keadaan. =D . Dan x dilupakan juga, saya pernah dengar, time waktu-waktu subur, lagi kuat nafsu seseorang.

#Tips kehamilan 2

Selepas si suami dan isteri melakukan hubungan seksual, pastikan si isteri tidak banyak bergerak. Bererti, jangan pergi ke bilik air untuk basuh apa-apa, mahupun berjalan. Mengapa? Kerana dikhuatiri air mani yang bertakung pada penghujung alat sulit akan keluar jika anda bergolek-golek bergerak-gerak. 

Credit: Google

 Saya geram kalau tengok baby!

#Tips kehamilan 3

Jika masih tidak hamil, dinasihatkan untuk menjalani ujian air mani untuk menentukan bilangan dan kualiti sperma manakala anda perlu menjalani ujian pengesanan ovulasi dan pengesanan mengenai kedudukan anggota reproduktif anda, sama ada rahim sihat dan salur telur tidak terkandas.


#Tips kehamilan 4

Kalau semakin rajin kita blogging, semakin banyaklah duit nuffnang naik. Tapi sebab saya buzy, nak blogwalking pun x sempat. Eh, kata nak citer pasal tips hamil. Oh, ya. Suami dan isteri mesti kerap bersama, maksudnya kena rajin macam perumpamaan blogging tadi. Kadang-kadang suami x de mood bila tengok isteri pakai baju selekeh-selekeh. Apa kata pakai baju seksi-seksi, nanti mesti kerajinan suami datang serta merta. =D

(Suka-suka buat perumpamaan sendiri, hehe)

Credit: Google

#Tips kehamilan 5

Jika masih tidak hamil, berdoalah kepada Allah s.w.t dan jangan mudah putus asa. Teknologi sekarang canggih, insyaAllah boleh hamil.

Allah Ta’ala juga berfirman: 

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) – tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (al-Baqarah: 186) 

Credit: Google
 Tomeyyyyyy!!!

nota kaki: Saya boleh jadi cikgu Bio je kalau ilmu banyak pasal ni. =D. Hua3

20

Catatan: Untuk budak yang ambil result SPM


Pagi ni confirm budak-budak lepasan SPM dup dap, dup dap. Kenapa? Sebab result SPM keluar pagi ni. Kalau nak diikutkan, SPM memang penting. Kalau dapat teruk, nak apply mana-mana susah. Kalau result hebat, pilihlah mana-mana U yang anda nak masuk.

Apa yang saya perasanlah pada budak-budak sekolah akhir-akhir ni, bila time belajar x nak, bila result nak keluar mulalah cakap, ruginya x study. Ye, saya masa SPM dulu pun macam tu. Xdelah nak kata x study langsung, cuma bila result SPM keluar, perkara yang terlintas dia kepala, "Kalaulah aku study lebih, mesti boleh dapat 7A atau 8A".

Ya, ya. Saya dapat 6A. Tapi saya tetap bersyukur. Bersyukur sebab dapat sambung belajar ke Matrikulasi dan akhirnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). InsyaAllah tahun depan saya grad. Uih, x sabaqnya. Serius penat menatap subjek-subjek Fizik yang buat saya makin tension dari sehari ke sehari sebab teori Fizik serius saya x faham. X nak cakap pasal tu sebab nanti lagilah cuak budak-budak SPM yang nak amik course engineering nanti, kan,kan,kan. Hehe.

Nasihat saya, kalau anda dapat teruk macam mana pun, pastikan anda berusaha lebih lepas tu. Kakak saya, Athirah masa SPM dia dapat 4A. Waktu tu saya ingat lagi, dia menangis teruk. Tapi bila masuk matrikulasi, saya tahu dia study giler-giler. Dan resultnya, 4 flat every exam sehingga dikenali sebagai Tira 4 flat. 

Nasib kejelesan x melanda diri sebab saya tahu dia minat dengan medic. Kalau nak ambil medic biasalah, kena dapat 4 flat baru dapat apply. Saya 3 point lebihje, mana layak ambik medic. Eceh, bajet macam saya nak. Haha! Sekarang kakak saya study di UKM jurusan Medic. Jadi apa yang saya nak bagi tahu kepada budak-budak yang akan ambil result SPM pagi ni nanti, kalau anda punya result teruk, berusahalah andai kata anda diberi peluang untuk sambung belajar. X kira dimana-mana pun. Lainlah kalau anda dapat sambung belajar, tapi x menggunakan peluang itu sebaik mungkin, maka rugilah anda.

Saya cakap begini supaya anda rasa x down dengan result yang anda bakal dapat. Bila gagal sekali, bukanlah bererti gagal selama-lamanya. Tapi pastikan kita berubah untuk menjadi lebih baik. Saya cilok kata-kata seseorang di FB, niat perlu dikuatkan dengan azam kalau tidak niat itu sekadar niat hangat2 yg cepat sejuk :) . Kalau x berubah, memang confirmlah kalau diberi peluang sambung belajar sekali lagi pun kita tetap akan dapat result teruk. 

nota kaki: Saya pun tertanya bila nak berubah. Faina, exam dah dekat. Dah lah xde study week. Tension!

Post mungkin perlu baca: Jika lelaki x bertangan dan berkaki boleh lakukan, mengapa tidak anda?

Last but not least,


12

Kerinduan untuk......

Kawan-kawan Faina: Comelnya kita dalam gambar!! 
Faina: Tengoklah siapa yang tangkap…….(Bajet)  
Kawan-kawan Faina: Oklah, x dinafikan Aina tangkap gambar memang lawaaa… 
Faina: Kan kita dah cakap…..(Bajet sekali lagi)

Ayat yang sering kedengaran bila saya tangkap gambar jadi lawa sangat…(Bajet sekali sekali 2 kali lagi)

Ok, saya suka menangkap gambar. Eh, ayat macam pelik. Saya suka tangkap gambar. Haa, baru betul. Hehe. Nak kata ada bakat, macam ada. Ceh,ceh,ceh. Akhir-akhir ni bila ada program apa-apa pun, nak tangkap gambar x boleh. Arghh, rindu nak tangkap gambar!

Teringat masa semester 3 , untuk kokurikulum, saya mengambil Kelab Fotografi. Masa tu assignment yang diberi ialah kami dikehendaki mengambil gambar apa-apa sahaja, kemudian perlu upload di FLICKR. Dari situ, pensyarah akan menilai hasil kerja saya.

Sekarang sudah semester 6, semester hadapan perlu pergi praktikum. Rasa ingin memiliki kamera sendiri membuak-buak, bagai mahu pecah masuk ke dalam kedai gambar dan mencilok kamera digital. Kamera digital pun jadilah, DSLR akn ku cilok selepas berjaya mencilok kamera digital terlebih dahulu. Ececeh, berani sangat buat macam tu minah ni. Hehe. 

Saya x pernah memiliki kamera digital sendiri. Kalau yang family punya pun sudah rosak hari tu. Jadi kalau mahu menangkap gambar, saya akan gunakan sahaja. Kalau kata nak muka saya ada pada gambar saya akan menyelit-nyelit seperti orang yang tidak sengaja menyelit setiap kali ternampak kawan saya menangkap gambar. Ahakz!

Ok lah, x nak cakap banyak-banyak. Cuma nak berkongsi gambar gambar-gambar yang pernah saya tangkap untuk assignment dulu. Gambar ni kebanyakan diambil di Melaka masa kitorang kena pergi sana. Sila cakap betul-betul. Saya ada bakat mengedit menangkap gambarkan? Hehehe.

the river in melaka
Sungai di Melaka

colourful cubes
Saya suka benda ni. Colourful!

bangles...
Saya bukan setakat tangkap, saya beli jugak...Keychain..Hehe

matahari hampir terbenam
Gambar ni saya tangkap masa pegi Lumut tengok anak bulan


DSCN1450
Gambar ni saya tangkap masa pegi Tioman dulu


red & white
Saya tangkap pokok ni sebab saya rasa macam Hari Krismas. 


050520091212
Ni semua kawan sekelas saya. Harap maklum saya tiada dalam gambar sebab saya yang menangkapnya T.T

Ada banyak lagi gambar kawan-kawan saya yang saya tangkap lawa-lawa. (Bajet sekali lagi). Tapi malas nak letak, sebab nanti saya jelez, sebab bila mereka tangkap gambar saya x lawa. (Bajet berkali-kali). Haha!.


nota kaki: Bila nak ada kamera sendiri? Bila dah keja nanti kot. (*_*)

25

Apabila ISTERI GEMUK selepas kahwin~

Seorang perempuan, Sarah akan berkahwin dengan pujangga hatinya, Faezan x lama lagi. Tapi, si Sarah ni saje nak mengetest bakal suaminya, maka sewaktu dalam perbualan di telefon, dia pun berkata,

Love_story

Sarah: “Sayang… nanti, kalau kita dah kawen kan sayang, kalau Sarah jadi gemuk nanti macam mana?”

Faezan: “Kalau sayang gemuk, tu tanda kita dah dapat baby, =) "

Sarah: “Gemuk pasal baby tu memanglah sayang, tapi…errr, kalau gemuk pasal lain?”

Faezan: “Sayang, sayangkan isteri abang. Kalau sayang gemuk pun lepas kita kawen nanti, abang x kisahpun sayang. Abang nak kawen dengan sayang bukan sebab sayang kurus, atau mungkin sebab sayang cantik, tapi abang nak kawen dengan sayang sebab abang cintakan sayang. Sayang, kalau kita kawen dengan seseorang sebab kecantikan semata-mata, mungkin kalau sayang gemuk nanti, abang dah x suka sayang.

          Tapi, abang nak kawen dengan sayang kerana Allah s.w.t. Abang nak bila kita buat semua benda, kita dapat pahala dan diredhai Allah. Sayang…..Jangan fikir bukan-bukan lagi ea sayang? Nanti bila abang dah kawen nanti abang pun bukannya kurus jugak, mesti jadi gemuk jugak.”

Sarah: “Sayang jadi gemuk sebab nak teman Sarah ea? Hehe.”

Pregnant Mother with Daughter
Semua perempuan mahukan zuriat, :)

Faezan: “Sayang, bila sayang semakin tua, abangpun akan tua bersama dengan sayang. Kalau sayang gemuk, mesti abang pun gemuk jugak. Tapi sayang kena masak sedap-sedap untuk abang ea sayangku?”

Sarah: “Errmmm, mesti. Sarah nak masak sedap-sedap tuk sayang. Tapi sayang, kalau kata kita gemuk sama-sama, x naklah. Nanti x elok untuk kesihatan.”

Faezan: “Kalau macam tu, nanti lepas kawen, hujung minggu kita pergi jogging sama-sama nak sayang? Nanti xdelah sayang risau sayang gemuk nanti lepas kawen.”

Sarah: “Sayangku, thanx sebab cintakan Sarah. I love u so much.”

Sewaktu my Along kawen bulan 11 hari tu. Bila pulak saya nak kawen? (Gatai!, hehehe)

Faezan: “I love u so much too sayangku. Sayang, seorang suami tidak mencari wanita untuk menjadi kekasih, tetapi mencari seorang teman pendamping hidup hingga ke akhir hayat. Abang nak Sarah jadi pendamping hidup abang ea?”

Sarah: “Erm, Sarah nak teman sayang seumur hidup Sarah. Sayang, kalau Sarah buat silap, tegur Sarah ea sayang? Sarah nak cuba jadi Isteri yang solehah untuk sayang.”

Faezan: “InsyaAllah sayang. Kalau ada silap, abang tegur sayang. Kalau Abang buat silap, sayang tegur abang jugak ea? Sayang, dah solat maghrib?”

Sarah: “Kalau sayang buat silap nanti Sarah tegur. Belum. Jap, jap. Sarah tau. Kita pegi solat ea sayang?”

Faezan: “Erm, jom. Kita solat maghrib. Nanti malam ckit baru kita mesej ea”.

****** Scene tamat******


Cerita ni adalah rekaan sendiri. Kenapa? Ntah, tiba-tiba dalam hati terfikir alangkah bagusnya kalau lelaki x kisah kalau isteri dia gemuk selepas kawen. Wanita memang sangat mudah nak gemuk selepas kawen, lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Andai kata si isteri gemuk dan sukar kembali kepada bentuk asal disebabkan baru melahirkan anak. Sepatutnya x mengapalah kan, sebab yang dilahirkan itu kan zuriat mu juga wahai suami?

Nota kaki: Suka dengar lagu Marry you by Bruno Mars. Hehe.


post saya tentang kisah suami yang comellll :) : baca, baca, baca. Hehe.

16

Lawak di pagi hari....Har, har, har....

Pagi ni godek-godek pendrive jumpa benda lawak. Gelak sorang-sorang bila baca. Ya, mari baca!



Man comes home, finds his wife with his friend in bed.
He shoots his friend and kills him.
Wife says :
'If you behave like this, you will lose ALL yourfriends'.

A small Boy wrote to Santa Claus, ' send me a brother'
Santa wrote back,
' SEND ME YOUR MOTHER'

What's the difference between stress, tension and panic?
Stress is when wife is pregnant,... Tension is when girlfriend is pregnant.
Panic is when both are pregnant.

Grammer Teacher: Do you know the importance of a period?
Kid: Yeah, once my sister said she has missed one,
my mom fainted, dad got a heart attack & our driver runaway

A young boy asks his Dad :'What is the difference between confident and confidential?
Dad says: 'You are my son, I'm confident about that.
Your friend over there, is also my son, that IS confidential .'
 nota kaki: (-__-)

12

Video CARUT Anwar Hadi.. Kalau x suka, x perlu kot sampai buat macam ni.

Pagi yang tenang. Jalan-jalan sekejap ternampak ada orang buat post tentang video "Kami benci Anwar Hadi". Saya dengan perasaan skodeng yang tinggi bila melihat video tersebut. Astaghfirullah al azim. Video duk carut orang.

Ya, sila tonton video ini:

                      

Walaupun mungkin ada yang x tahu siapa Anwar Hadi, tapi x kisahlah siapa pun yang mereka-mereka yang bertopeng seperti pencuri ni x suka, mencarut tentang seseorang itu kan berdosa, dan x baik.

Pendapat saya? Kalau x suka, jangan tengok video dia sudah. Anwar hadi ada bakat. Dia terer cakap English, insyaAllah bakal guru Bahasa Inggeris dan dia dapat peluang study kat oversea yang mana bukan semua orang dapat peluang macam tu.

Kalau x suka, jangan tengok. Bukan buat video mencarut-carut orang. Ingatlah kita semua akan ditanya oleh Allah s.w.t tentang segala perbuatan kita dan yang paling penting lagi, kita akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan-perbuatan tersebut.

Jadi, kepada orang-orang yang bertopeng pencuri (dalam video), janganlah buat video mencarut lagi. X de faedah. JANGAN TAMBAH DOSA ANDA tatkala dunia sudah menghampiri KIAMAT.

Ambil iktibar kejadian Tsunami baru-baru ni. Anda berpeluang untuk hidup lagi. Jadi bertaubatlah. Saya cakap bukan bererti saya ni baik sangat, cuma saya x suka dengar orang zaman sekarang mencarut.


nota kaki: Mungkin lepas ni ada video Kami benci Matlutfi pulak

6

Jika lelaki x bertangan dan berkaki boleh lakukan, mengapa tidak anda?

Dalam hidup,kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Kalau x berusaha, benda yang kita nak x akan datang bergolek macam tu je.

dont,give,up,quote,color,life-edea42c10a8458b9ffdc60a9ed611ad1_h

Bayangkan saya ingin mencapai sesuatu barang yang berada beberapa meter daripada saya. Kalau itu adalah matlamat saya, apa yang saya perlu lakukan hanya mengangkat tangan dan mencapainya. Gerak dan hulur tangan sedikit, barang tersebut sudah menjadi milik saya! Matlamat saya dah tercapai bukan?

baby comel, gerak ckit je lagi cepat!

Tapi bayangkan jika saya ingin mencapai sesuatu yang berada 10 batu daripada saya, cukupkah dengan sekadar mengangkat dan menghulurkan tangan, dan bergerak sedikit sahaja? Atau adakah saya perlu menggerakkan lebih daripada tangan saya? Sudah tentu, malah saya perlu bangun, menggerakkan kaki dan seluruh tubuh saya. Saya memerlukan lebih tenaga dan usaha untuk mencapai matlamat itu.

Lihat? Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih, kita perlu usaha lebih. 

Dr. Matin Luther King, Jr berkata,

Jika anda tidak boleh terbang, berlarilah. Jika anda tidak boleh berlari, berjalanlah.
Jika anda tidak boleh berjalan, merangkaklah, tetapi walau apa pun berlaku, teruslah bergerak.

Ayat ni ada kena mengena dengan video yang harus anda TONTON. Ya, sila TONTON VIDEO ini. Banyak yang dapat anda pelajari.



Sudah tonton video itu? Siapa belum sila TONTON. Anda rugi jika tidak menonton video tersebut. Perkara pertama yang terlintas dalam diri saya adalah Syukur, Alhamdulillah. Waktu tonton video tu tiba-tiba ada rasa macam ada ayaq duk sibuk nak keluar kat mata. Hehe.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
nota kaki: Perlu berusaha lebih untuk mencapai pointer yang lebih tinggi.

Credit: Hidup bukan rahsia by Zabrina A. Bakar.

7

Tsunami di JEPUN? Malaysia mungkin akan kena tempias?


Gambar Tsunami di Jepun

Tsunami di Jepun? Saya x menyangka bahawa Jepun juga akan mengalami Tsunami. Tapi ini semua kuasa Allah s.w.t. Cuma buat saya terfikir ialah haritu, saya ada baca surat khabar (Kosmo 9 Mac 2011) yang mengatakan bahawa saintis-saintis America mengatakan bahawa akan ada bencana dasyat akan berlaku pada bumi disebabkan daya tarikan graviti antara bulan dengan bumi apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun.

Dan tadi dapat tahu bahawa Jepun mengalami Tsunami dan New Zealand mengalami earthquake. Dan kini di Facebook telah disebarkan bahawa tempiasnya akan melanda Indonesia dan Malaysia sekitar jam 7 malam, Pantai timur atau Sabah/Sarawak.

Sesiapa yang nak lihat video Tsunami di Jepun boleh klik pada link ini: http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-12709850 

Kita tahu bahawa dunia hampir kiamat, tapi ramai yang "buat dek". Kira xde action. Saya bukan bercakap untuk memerli orang lain, tapi juga satu peringatan buat diri.

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (QS 30. Ar-Ruum: 41)

Saya berharap agar kawan-kawan saya yang study di Jepun selamat, x lupa juga di New Zealand. Juga kepada saudara-saudara Islam kita. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua. Aminn ya rabbal alamin..

nota kaki:

"Dan sungguh akan Kami beri cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS 2. Al-Baqarah: 155)
credit(saintis beri amaran bencana alam) 

10

Budak SEPINTAR yang pintar, :)

Minggu lepas, 25-26 Februari saya dan kawan-kawan sekelas telah menjayakan Program Mari Terokai Fizik (PROMATEF) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Boleh dipanggil SBPI Rawang atau pun SEPINTAR.  First time menjejakkan kaki di Sekolah Berasrama Penuh. Kini baru saya tahu tentang rutin harian mereka.

Kami bertungkus lumus menyiapkan banner! 

Pagi pukul 5 dah kena bangun untuk prepare solat subuh berjemaah. Pukul 6.45 dah kena turun untuk sarapan. Solat fardhu semua berjemaah di surau. Saya agak kagum sebab sekolah SEPINTAR ni sangat mementingkan  budaya Islam dalam kehidupannya. Kalau tengok budak perempuannya semua wajib bertudung labuh, sejuk je mata memandang. Yang lelaki pulak semua muka baik-baik. Walaupun ada yang muka cam nakal-nakal jugak, tapi Alhamdulillah dorang semua hormat kami yang datang sebagai faci untuk program tersebut.

Waktu rocket air ialah waktu paling seronok!!

Pengalaman menjadi facilitator buat kali pertama serius sangat seronok. Dapat marah budak, gurau-gurau dan x dilupakan juga saya skodeng budak-budak lelaki yang comel. Ok, saya gurau.  Tapi satu perasaan yang x dapat saya elak ialah berasa kagum dengan budak-budak pintar itu. Ya, mereka pintar, dan ini buat saya jelez. Hehehe.

Sejuk je mata pandang. =)

Lihat pada kecerdikan mereka membuat saya mengucap "Subhanallah, pandainya budak-budak ni". Masa explorace, mereka diuji dengan pelbagai benda berkaitan dengan Fizik. Dan fuyoo….majoriti memang dapat jawab dan tahu apa yang kami mahu mereka lakukan. Saya masa kat U ni baru terkedek-kedek nak tangkap benda-benda tu, budak-budak tu yang baru sahaja tingkatan 4 dah tahu secara detail benda tentang sub-sub topic dalam Fizik. Giler ah! Terernyewwwwww. Ok, saje bajet macam anwar hadi tiba-tiba. Hehe.

Budak lelaki SEPINTAR!

Tengok budak-budak yang semakin pandai, terasa beza betul zaman saya bersekolah dengan zaman mereka. Otak mereka sangat wohoho. Ok, x tahu nak letak perkataan yang sesuai, tetapi apa yang saya tahu mereka cerdik, bijak, pandai dan selayaknya mereka dapat belajar di SEPINTAR.

Para faci lelaki bersama lelaki-lelaka. Hehe

The ladies..(Tengok, perempuan menang dari segi bilangan.Kan3??)

Para faci dan rakan sekelas saya, =)

Kepada adik-adik SEPINTAR, semoga kamu semua manfaatkan peluang dapat belajar di sana. Semoga jadi orang yang berjaya satu hari nanti. Gunakan kepandaian dan kecerdikan korang kepada jalan yang benar.

Saya rasa post kali ni macam...lalalala...hahaha..ok, baru ok ckit. Erkk, apakah?

Nota kaki: saya xde kamera, maka gambar saya pun cinonet dalam aktiviti kali ni. Huhu

10

Kimia dalam Hubungan?

Kimia. Antara salah satu subjek sains. Tapi saya bukan nak bercakap pasal itu. Saya nak bercakap tentang kimia dalam hubungan. Aik? Macam pelikkan. Xdelah pelik mana, saya tahu mungkin ada yang dah tahu pasal ni.

Opposites Attract
Dalam percintaan, saya pernah dengar cikgu kimia saya berkata,

Lelaki dan perempuan ada bahan kimia dia masing-masing. Kalau kita boleh terpikat dengan dia, bererti kita juga terpikat dengan bahan kimia yang ada pada dia. Sebab tu bila kita rasa senang dengan seseorang perasan x kita akan guna perkataan ada chemistry?

Errr. X faham? Kalau macam tu try guna google translate. Hehehe.

Itu dalam percintaan, atau mungkin dalam sesuatu hubungan dengan kawan-kawan sekali. Bagaimana pula dengan sikap x senang dengan seseorang? Dulu pernah kawan saya berkata,

Kalau kita rasa x selesa atau x suka pada seseorang secara tiba-tiba, sedangkan kita x kenal dia (bererti jadi menyampah secara tiba-tiba), sebenarnya orang itu juga perasaannya pada anda juga adalah sama seperti yang kita rasa pada dia.

Dalam erti kata lainnya, kalau anda x suka manusia A secara tiba-tiba, sebenarnya manusia A itu juga berperasaan yang sama pada anda.

X tahu kebenaran benda ni. Tapi bagi saya, mungkin betul, sebab saya dapat rasa kalau kata ada orang x selesa dengan saya ataupun orang tu berubah mood, saya dapat detect. Kadang-kadang x sukar pun untuk lihat sikap seseorang itu pada anda, apa yang anda perlukan ialah lebih peka tentang apa yang berlaku di sekeliling anda.

nota kaki: Saya jenis yang peka

p/s: serius giler bz, sori x dapat update selalu :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top